Ada ribut berdekatan Bangkok, ummi tak pening tapi muntah!!! Berenti sejam tapi duduk dalam kapal.
Pukul 5 pagi sampai Amman, terus dibawa dengan bas ke hotel transit. Lepas sarapan pukul 6 pagi, terus ke program lawatan Gua Ashabul Kahfi, Laut Mati dan Makam Nabi Shuib. Gua dan Makam tu tak pasti betul @ tak, sebab kat tempat lain pun ada claim macam tu.
Sekitar Amman ada ladang2 yg disuburkan dengan tanah berbaja. Ladang2 ni kepunyaan orang2 kaya yg rumah banglo mereka terletak di tengah2. Pekerja2 duduk dalam kemah aje di tepi2 ladang. Kebanyakan ladang ditanam pokok zaitun. Pokok ni juga tumbuh liar di celah2 batu di tempat lain. Rumah2 banglo orang kaya atapnya cantik dan berbagai bentuk. Rumah2 orang biasa setakat flat bentuk kotak aje.
Paras laut mati 400 meter di bawah paras laut
Puas meredah pendalaman Jordan dalam perjalanan ke laut mati yang permukaannya ~ 400 meter di bawah paras laut. Mukabumi berbukit bukau kontang, dibina dari batu dan pasir aje. Ada tanah subur sekitar sungai kecil yg mengalir ke laut mati. . Berhampiran laut mati, turut ditanam pokok2 lain seperti anggur, tin dan pisang.
Perjalanan Amman - Laut Mati ~ 45 minit
Lapisan garam ketul di tepi pantai
Kristal garam di tepi laut
Lepas tu dibawa membeli belah barangan laut mati seperti produk berasaskan lumpur dan garam. Banyak benda nak dibeli, tp dengan fulus dinar yg 4 kali ganda dari ringgit, kena tahan nafsu tu sikit. Lepas makan tengahari, bersedia untuk berlepas ke Jeddah. Makan minum kat hotel memang sangat sedap, kena dengan tekak Arab mediterranean ummi dan ayah. Berbagai jenis jeruk terutama zaiton, berbagai jenis salad dressing serta sayur-mayur mentah, dan berbagai jenis keju untuk dirasa. Tapi ada juga disediakan nasi ngan lauk, so nenek dapatla makan sepuasnya.
No comments:
Post a Comment