Pukul 11 malam. Rombongan kami baru tiba dari Madinah. Kami terus ke Hotel Hijaz. Kami diarahkan naik ke bilik untuk menyimpan beg, dan terus ke masjid untuk buat tawaf umrah dan saie. Ummi tinggal di bilik kerana migrain dan tak boleh solat. Pukul 1 malam tu, dari tingkat 3 tingkap hotel Hijaz, ummi tengok aje jemaah yg masih berpusu-pusu ke masjid untuk beribadah. Suasana memang meriah sungguh. Ummi rasa jauh sangat, ada di situ, tak boleh buat apa yg mereka sedang buat.
Subuh masuk pukul 4 pagi, tapi azan pertama pukul 3 pagi. Nenek dan ayah dah pergi ke masjid. Ummi rasa tak sedap hati tinggal sorang2 kat bilik hotel. Jadi dalam pukul 5 pagi tu ummi pun terus ke dataran Masjidil Haram. Pertama kali ummi berdiri di hadapan masjid yang mulia, yg beribadat di dalamnya, sama pahala seperti 100,000 kali ganda ibadat biasa. Ummi berjalan di sekitar masjid, baca peta yg disediakan, dan berjalan2 di tempat Saie, sebab laluan ni tak termasuk dalam masjid, dan wanita haid pun boleh bersaie.
Kemudian balik bersarapan pukul 6 pagi. Ikut nenek ke masjid waktu Zohor tapi ummi duduk aje di belakang jemaah wanita yg bersambung dengan tempat saie. Di luar waktu solat, ummi berjalan laju2 di sepanjang lalauan saie, niat nak exercise la, bukan boleh bersaie pun, sebab tawaf tak buat lagi. Sambil berjalan ummi dapat perhatikan jemaah Arab dan Afrika yg paling ramai berumrah suami isteri, kadang2 bersama anak2 kecil. Comel aje budak2 tu berkain ihram. Ramai juga isteri muda2 belia belasan tahun bersuamikan lelaki tua sebaya datuk mereka.
Kebanyakan jemaah dari negara2 Pakistan dan India yang suka bersolat di dataran luar masjid, sedangkan masih banyak tempat yang kosong di dalam masjid. Ada di antara mereka makan, baring dan terus tidur di situ. Bila tengok mereka bersusah payah memikul botol besar air zam zam untk dibawa pulang, rasa kesian yang amat. Dan tempat penginapan mereka biasanya sangat jauh dari masjid. Kami jemaah dari Andalusia dapat Hotel Hijaz yang 150 meter aje dari masjid, air zam zam untuk dibawa pulang pun dah disediakan.
Masjidil Haram dari tingkap Hotel Hijaz. Bangunan sebelah kiri Hotel Intercontinential dan Pasaraya Bin Dawood, bangunan sebelah kanan Hotel Hilton. Besi berceracak tu untuk jalanraya baru.
Subuh masuk pukul 4 pagi, tapi azan pertama pukul 3 pagi. Nenek dan ayah dah pergi ke masjid. Ummi rasa tak sedap hati tinggal sorang2 kat bilik hotel. Jadi dalam pukul 5 pagi tu ummi pun terus ke dataran Masjidil Haram. Pertama kali ummi berdiri di hadapan masjid yang mulia, yg beribadat di dalamnya, sama pahala seperti 100,000 kali ganda ibadat biasa. Ummi berjalan di sekitar masjid, baca peta yg disediakan, dan berjalan2 di tempat Saie, sebab laluan ni tak termasuk dalam masjid, dan wanita haid pun boleh bersaie.
Ramai jemah buat tawaf paling awal, antara maghrib dan isyak, kemudian paling ramai selepas isya sehingga subuh. Waktu ni dipilih sebab cuaca yg sedang panas, suhu siang 41 - 43 Celcius, malam 35-36 Celcius. Sebenarnya di Makkah dan Madinah panas dia ok, sebab panas kering. Terik, sebab tu ramai pakai spek hitam, tapi tak humid. Tak berlengas. Baju2 kotor kami dari Jordan yg tak sempat dibasuh kat Madinah, masih elok tersimpan dalam beg dan tak berbau langsung.
Kemudian balik bersarapan pukul 6 pagi. Ikut nenek ke masjid waktu Zohor tapi ummi duduk aje di belakang jemaah wanita yg bersambung dengan tempat saie. Di luar waktu solat, ummi berjalan laju2 di sepanjang lalauan saie, niat nak exercise la, bukan boleh bersaie pun, sebab tawaf tak buat lagi. Sambil berjalan ummi dapat perhatikan jemaah Arab dan Afrika yg paling ramai berumrah suami isteri, kadang2 bersama anak2 kecil. Comel aje budak2 tu berkain ihram. Ramai juga isteri muda2 belia belasan tahun bersuamikan lelaki tua sebaya datuk mereka.
Kebanyakan jemaah dari negara2 Pakistan dan India yang suka bersolat di dataran luar masjid, sedangkan masih banyak tempat yang kosong di dalam masjid. Ada di antara mereka makan, baring dan terus tidur di situ. Bila tengok mereka bersusah payah memikul botol besar air zam zam untk dibawa pulang, rasa kesian yang amat. Dan tempat penginapan mereka biasanya sangat jauh dari masjid. Kami jemaah dari Andalusia dapat Hotel Hijaz yang 150 meter aje dari masjid, air zam zam untuk dibawa pulang pun dah disediakan.
Masjidil Haram sewaktu kerja2 penambahbaikan masih dilakukan. Tahun 2010, Hotel Hijaz masih wujud. Tahun 2011, Hijaz dirobohkan. Masa ni ummi tak tau pun ada menara jam nak dibina di situ, ingatkan hotel biasa2 je.
No comments:
Post a Comment