Wednesday, June 30, 2010

Madinah 10 Jun 2010

3 hari di Madinah, macam tak puas rasanya.  Tiap hari ummi dengan nenek akan bersama2 ke masjid nabawi.  Subuh pertama, kami solat di dataran.  Lebih kurang pukul 9 pagi, kami ke masjid semula, cuba untuk masuk ke rawdah.  Sampai di satu sudut khas yg dipenuhi jemaah dari Indonesia dan Malaysia untuk menunggu giliran, ummi kena keluar untuk ambil wuduk semula.  Tips untuk bakal jemaah - sediakan air dalam botol spray untuk memudahkan mengambil wuduk semasa di dlm masjid. 




View Madinah 10 - 12 Jun 2010 in a larger map



Semasa kami masuk ke masjid semula, kumpulan tadi telah bergerak masuk untuk giliran terakhir.  Satu kumpulan  jemaah ada lebih kurang 50 orang.  Jemaah yang sedang berada di rawdah adalah jemaah Arab.  Di belakang kami jemaah India-Pakistan pula menunggu.  Lebih kurang setengah jam menunggu, ummi dan nenek ambil keputusan untuk berundur sebab kaki nenek dah sakit bersila dalam sesak.  Kami ingat nak datang semula tengah malam nanti.  Jadi kami terus ke ruang kosong, solat dhuha.  Ummi baru nak baca Quran, tiba2 nenek kata kumpulan kami dah dapat masuk ke rawdah.  Jadi kami pun terus masuk ke rawdah tanpa bersesak2.  Maqam Rasululllah dan Rawdah terletak di bawah kubah hijau

Ummi rasa bersyukur sangat2,  tak sangka langsung dapat berada di rawdah yang insyaallah doa akan dimakbulkan.  Ummi tak buang masa, berdoa tak berenti-renti terutama kesyukuran sebab dapat berada di situ akhirnya.  Ummi doakan untuk diri sendiri dan anak-anak ummi.  Ayah pesan sebut nama satu-persatu, jangan sebut anak2 aje.  Tak lupa doa yang dipesan dari mereka di Malaysia.  Ya Allah cucurilah rahmatMu ke atas Nabi s.a.w.



Lepas Zohor, kami di bawa melawat masjid-masjid bersejarah semasa zaman Rasulullah seperti masjid Quba, masjid Qiblatain, dan lapangan Uhud.  Masjid Quba, dua batu dari Masjid Nabawi, adalah masjid yang pertama didirikan di Madinah, sebelum Rasulullah berhijrah dari Mekah.  Masjid ini disebut dalam al Quran, masjid yang didirikan atas taqwa. (at Taubah:108-109).  Bangunan asal telah diruntuhkan pada tahun 1986, dan telah digantikan dengan yang baru.




Masjid Qiblatain pula masjid dimana wahyu diturunkan untuk tukarkan kiblat dari Baitulmuqaddis ke Kaabah. (al Baqarah: 142 -  147). 

Lapangan Uhud adalah tempat perang Uhud berlaku. Perang terjadi di tanah rata di hadapat bukit Uhud. Pasukan memanah pula berada di atas Bukit Rummat (Pemanah) yang agak rendah sikit.

No comments:

Post a Comment