Wednesday, February 23, 2011

Tawaf Pertama Selepas 5 hari di Mekah

Akhirnya ummi bersuci dan dapat melakukan tawaf, saei dan bergunting - dan terlepas dari  ihram.  Sewaktu mengerjakan tawaf, ummi seperti orang dahaga yg dihulurkan air  dan  orang mengantuk yg disorongkan bantal.  Ummi terlalu rindukan saat-saat ini, dah 5 hari ummi tunggu dengan penuh sabar.  Perasaan setiap kali tengok jemaah bercukur bertahallul sebab dah lengkap satu umrah, tak tau nak cakap.  Sedih sangat.  Mungkin ada hikmahnya ... 

Nenek dan ayah pun dah buat 3 umrah sepanjang 5 hari ni, ummi baru nak mulakan yg pertama.  Ummi juga terpaksa bayar dam 60 riyal (< 60 ringgit) sebab rambut yg gugur sepanjang 5 hari berihram dah tak terkira banyaknya.   Bayaran ni boleh buat sekaligus pada yg layak dan memerlukan thru wakil umrah, atau kita bagi sikit2 pada orang2 miskin di sekitar Makkah.

Tawaf yang pertama, ummi buat bersama nenek.    Laju betul nenek berjalan, selit-selit sana sini, tangan nenek pegang ummi.  Kadang2 tangan kami terhalang sebab ada kumpulan yg lambat di tengah2.  Jemaah dari Iran selalunya dalam kumpulan besar dan berjalan lambat, sebab mereka berdoa ikut ketua di hadapan.  Masing2 ada reben warna sama berpin di telekung.  Nenek dah laju ke depan, ummi tersekat di belakang tapi tak boleh berpisah sebab tangan nenek pegang kuat.  Alhamdulillah ada nenek sebagai guide, sebab ummi boleh tumpu berdoa je, yang lain semua nenek tolong tunjukkan. 

Lepas habis 7 pusingan tawaf, kami terus ke belakang maqam Ibrahim dan solat sunat tawaf 2 rakaat.  Lepas tu berdoa.  Nama anak2 memang tak putus2 ummi doakan.  Sunat untuk minum air zam zam selepas solat.  Kemudian terus ke tempat bersaie.   Sudut kaabah yang paling hampir dengan arah bersaie ialah sudut Hajaratul Aswad.

            Anak panah di Maqam Ibrahim.  Sikit aje jemaah bertawaf di waktu siang sebab suhu panas sehingga 43 C.   Hotel2 sedang dibangunkan di belakang masjid.


                                             Kebanyakan jemaah bertawaf selepas Isya'

Lepas tu kami terus ke bukit Safa untuk bersaie.  Berjalan laju2 atau berlari2 anak ke arah bukit Marwah, dah dikira sekali.  Kemudian balik semula ke Safa dan begitu seterusnya sampai habis 7 pusingan.    Air zam zam disediakan sepanjang jalan, tempat tu pun di dalam bangunan beraircon, jadi tak ada masalah panas atau berpeluh langsung.  Bayangkan Siti Hajar berlari di atas bukit kontang di bawah panas mentari.  Bukit tu pun cuma tinggal sikit aje lagi sebagai simbol, yang lain semua dah ditutup dengan jalan rata untuk memudahkan jemaah yang berkerusi roda.  Sepanjang ummi duduk Makkah ni, dah turun 2 kg dan alhamdulillah, lepas 10 bulan, masih menten.  Agaknya lemak2 degil 2 kg tu dah berjaya dipecahkan.

                                  Dari Safa ke Marwah  ... nyaman je tempat ni

Jumlah perjalanan saie ~ 400 meter x 7 kali = 2.8 km

Habis aje, nenek guntingkan sebahagian rambut ummi dari dalam tudung.  Proses ni mesti dibuat oleh jemaah yang dah buat umrah.   Ramai jemaah lelaki yang terus ke kedai gunting rambut dan bercukur botak.

Umrah kedua ummi buat dengan ayah pula keesokannya, alhamdulillah dapat buat dengan ayah.  Selama ni tengok aje suami isteri buat tawaf dan saie bersama-sama.