Hari kedua, ummi dan nenek dah start tengok2 kedai2 kat bawah hotel dalam perjalanan balik dari masjid. Ummi beli jubah hitam untuk ummi sendiri, nenek beli untuk makngah dan anjang. Pastu beli buah tangan kecil untuk sedara-mara terutama cucu2 nenek. Sejadah comel2 untuk kanak2 pun elok beli kat sini. Perempuan nak membeli-belah jangan berseorangan, mseti berteman. Takut ada yang ambil kesempatan.
Kedai-kedai yang lebih tersusun di bawah hotel
Kami juga dibawa ke pasar kurma. Ummi nasihatkan jemaah dari Malaysia belilah kurma dan kekacang banyak2 di sini, sebab ini aje peluang yang ada. Selepas ini dan di Mekah, susah nak jumpa kedai2 yang jual beraneka kurma dan kekacang sesegar dan semurah di sini. Di Mekah ada jual, tapi dah lisut, tak banyak pilihan dan mahal. Lagipun kat sana ingat nak ke masjid aje, dan kita tak mau susah hati ingatkan buah tangan yang masih belum dibeli.
Buah hampir masak di ladang kurma
Salah satu kedai di pasar kurma
Ummi tanggguh-tangguh beli, dan akhirnya kenalah bahagi2 sedikit buah tangan yang ada pada yg tersayang di Malaysia.
Bila hari semakin panas, ummi dah start migrain dan terasa nak muntah. Nenek kata panas macam berdiri sebelah oven. Hmmmm....
No comments:
Post a Comment