Wednesday, June 30, 2010

Makkah 13 Jun 2010 - Hari Pertama

Pukul 11 malam.  Rombongan kami baru tiba dari Madinah.  Kami terus ke Hotel Hijaz. Kami diarahkan naik ke bilik untuk menyimpan beg, dan terus ke masjid untuk buat tawaf umrah dan saie.  Ummi tinggal di bilik kerana migrain dan tak boleh solat.  Pukul 1 malam tu, dari tingkat 3 tingkap hotel Hijaz, ummi tengok aje jemaah yg masih berpusu-pusu ke masjid untuk beribadah.   Suasana memang meriah sungguh.  Ummi rasa jauh sangat, ada di situ, tak boleh buat apa yg mereka sedang buat.

Masjidil Haram dari tingkap Hotel Hijaz.   Bangunan sebelah kiri Hotel Intercontinential dan Pasaraya Bin Dawood, bangunan sebelah kanan Hotel Hilton.  Besi berceracak tu untuk jalanraya baru. 


Subuh masuk pukul 4 pagi, tapi azan pertama pukul 3 pagi. Nenek dan ayah dah pergi ke masjid. Ummi rasa tak sedap hati tinggal sorang2 kat bilik hotel.  Jadi dalam pukul 5 pagi tu ummi pun terus ke dataran Masjidil Haram.  Pertama kali ummi berdiri di hadapan masjid yang mulia, yg beribadat di dalamnya, sama pahala seperti 100,000 kali ganda ibadat biasa.  Ummi berjalan di sekitar masjid, baca peta yg disediakan, dan berjalan2 di tempat Saie, sebab laluan ni tak termasuk dalam masjid, dan wanita haid pun boleh bersaie.



Ramai jemah buat tawaf paling awal, antara maghrib dan isyak, kemudian paling ramai selepas isya sehingga subuh.  Waktu ni dipilih sebab cuaca yg sedang panas, suhu siang 41 - 43 Celcius, malam 35-36 Celcius.   Sebenarnya di Makkah dan Madinah panas dia ok, sebab panas kering.  Terik, sebab tu ramai pakai spek hitam, tapi tak humid.  Tak berlengas.  Baju2 kotor kami dari Jordan yg tak sempat dibasuh kat Madinah, masih elok tersimpan dalam beg dan tak berbau langsung.

Kemudian balik bersarapan pukul 6 pagi.  Ikut nenek ke masjid waktu Zohor tapi ummi duduk aje di belakang jemaah wanita yg bersambung dengan tempat saie.   Di luar waktu solat, ummi berjalan laju2 di sepanjang lalauan saie, niat nak exercise la, bukan boleh bersaie pun, sebab tawaf tak buat lagi.  Sambil berjalan ummi dapat perhatikan jemaah Arab dan Afrika yg paling ramai berumrah suami isteri, kadang2 bersama anak2 kecil.  Comel aje budak2 tu berkain ihram.  Ramai juga isteri muda2 belia belasan tahun bersuamikan lelaki tua sebaya datuk mereka.





Kebanyakan jemaah dari negara2 Pakistan dan India yang suka bersolat di dataran luar masjid, sedangkan  masih banyak tempat yang kosong di dalam masjid.  Ada di antara mereka makan,  baring dan terus tidur di situ.  Bila tengok mereka bersusah payah memikul botol besar air zam zam untk dibawa pulang, rasa kesian yang amat.  Dan tempat penginapan mereka biasanya sangat jauh dari masjid.  Kami jemaah dari Andalusia dapat Hotel Hijaz yang 150 meter aje dari masjid, air zam zam untuk dibawa pulang pun dah disediakan.

   




Masjidil Haram sewaktu kerja2 penambahbaikan masih dilakukan.  Tahun 2010, Hotel Hijaz masih wujud. Tahun 2011, Hijaz dirobohkan.   Masa ni ummi tak tau pun ada menara jam nak dibina di situ, ingatkan hotel biasa2 je.

Madinah - Makkah 12 Jun 2010: Niat Ihram dan Umrah

Ummi dah tak boleh solat.  Dah agak lama dah, patutla dah start migrain.  Ramai nasihatkan ummi ambik injection sebelum paergi, tapi lepas dengar penerangan ustaz Daud selama 25 tahun sebagai petugas haji, peratus jemaah yg gagal adalah 55 %, dan ramai yg haid jadi tak teratur kerana tu, ummi tak jadi ambik.  Ummi berdoa aje moga sempat suci dan dapat tunaikan umrah di Makkah.


Lapangan magnet

Ayah ikut rombongan ke kilang Quran dan lapangan magnet.... ummi tak ikut sebab kepala sakit sangat.
Sebelum bertolak tengahari tu, kami mandi sunat ihram.  10 km dari Madinah, kami berenti di Bir Ali, miqat atau tempat untuk berniat ihram dan umrah.  Ayah dan jemaah lelaki dah siap berpakaian ihram, dua tuala/kain  putih sahaja.  Pakaian ihram perempuan apa2 saja yg menutup aurat.  Lepas berniat, kena berjaga2 dari buat sesuatu yang dilarang semasa ihram seperti mencabut mana2 anggota badan.

Masjid Bir Ali


Perjalanan ke Mekah lancar kecuali semasa berhenti makan dan solat di pertengahan jalan.  Bilik airnya cuma ada air beberapa titis, lantai bernajis, dan orang sangat sesak.  Ummi terpaksa beli air mineral sebotol untuk digunakan di dalam toilet.  Mak Arab yang tak sabar pulak ketuk pintu bilik air ummi berkali2 sambil menyumpah ummi.

Sampai di Makkah dah pukul 11 malam.  Ummi betul2 sakit kepala dan terus tertidur.  Nenek dan ayah yg boleh bersolat, terus ke masjidil haram untuk tawaf dan saie.

Madinah 11 Jun 2010

Hari kedua, ummi dan nenek dah start tengok2 kedai2 kat bawah hotel dalam perjalanan balik dari masjid.  Ummi beli jubah hitam untuk ummi sendiri, nenek beli  untuk makngah dan anjang.   Pastu beli buah tangan kecil untuk sedara-mara terutama cucu2 nenek.  Sejadah comel2 untuk kanak2 pun elok beli kat sini.  Perempuan nak membeli-belah jangan berseorangan, mseti berteman.  Takut ada yang ambil kesempatan. 

Kedai-kedai yang lebih tersusun di bawah hotel

Kami juga dibawa ke  pasar kurma.  Ummi nasihatkan jemaah dari Malaysia belilah kurma dan kekacang banyak2 di sini, sebab ini aje peluang yang ada.  Selepas ini dan di Mekah, susah nak jumpa kedai2  yang jual beraneka kurma dan kekacang sesegar dan semurah di sini.  Di Mekah ada jual, tapi dah lisut, tak banyak pilihan dan mahal.  Lagipun kat sana ingat nak ke masjid aje, dan kita tak mau susah hati ingatkan buah tangan yang masih belum dibeli.
Buah hampir masak di ladang kurma

Salah satu kedai di pasar kurma

Ummi tanggguh-tangguh beli, dan akhirnya kenalah bahagi2 sedikit buah tangan yang ada pada yg tersayang di Malaysia.

Bila hari semakin panas, ummi dah start migrain dan terasa nak muntah.  Nenek kata panas macam berdiri sebelah oven.  Hmmmm....

Madinah 10 Jun 2010

3 hari di Madinah, macam tak puas rasanya.  Tiap hari ummi dengan nenek akan bersama2 ke masjid nabawi.  Subuh pertama, kami solat di dataran.  Lebih kurang pukul 9 pagi, kami ke masjid semula, cuba untuk masuk ke rawdah.  Sampai di satu sudut khas yg dipenuhi jemaah dari Indonesia dan Malaysia untuk menunggu giliran, ummi kena keluar untuk ambil wuduk semula.  Tips untuk bakal jemaah - sediakan air dalam botol spray untuk memudahkan mengambil wuduk semasa di dlm masjid. 




View Madinah 10 - 12 Jun 2010 in a larger map



Semasa kami masuk ke masjid semula, kumpulan tadi telah bergerak masuk untuk giliran terakhir.  Satu kumpulan  jemaah ada lebih kurang 50 orang.  Jemaah yang sedang berada di rawdah adalah jemaah Arab.  Di belakang kami jemaah India-Pakistan pula menunggu.  Lebih kurang setengah jam menunggu, ummi dan nenek ambil keputusan untuk berundur sebab kaki nenek dah sakit bersila dalam sesak.  Kami ingat nak datang semula tengah malam nanti.  Jadi kami terus ke ruang kosong, solat dhuha.  Ummi baru nak baca Quran, tiba2 nenek kata kumpulan kami dah dapat masuk ke rawdah.  Jadi kami pun terus masuk ke rawdah tanpa bersesak2.  Maqam Rasululllah dan Rawdah terletak di bawah kubah hijau

Ummi rasa bersyukur sangat2,  tak sangka langsung dapat berada di rawdah yang insyaallah doa akan dimakbulkan.  Ummi tak buang masa, berdoa tak berenti-renti terutama kesyukuran sebab dapat berada di situ akhirnya.  Ummi doakan untuk diri sendiri dan anak-anak ummi.  Ayah pesan sebut nama satu-persatu, jangan sebut anak2 aje.  Tak lupa doa yang dipesan dari mereka di Malaysia.  Ya Allah cucurilah rahmatMu ke atas Nabi s.a.w.



Lepas Zohor, kami di bawa melawat masjid-masjid bersejarah semasa zaman Rasulullah seperti masjid Quba, masjid Qiblatain, dan lapangan Uhud.  Masjid Quba, dua batu dari Masjid Nabawi, adalah masjid yang pertama didirikan di Madinah, sebelum Rasulullah berhijrah dari Mekah.  Masjid ini disebut dalam al Quran, masjid yang didirikan atas taqwa. (at Taubah:108-109).  Bangunan asal telah diruntuhkan pada tahun 1986, dan telah digantikan dengan yang baru.




Masjid Qiblatain pula masjid dimana wahyu diturunkan untuk tukarkan kiblat dari Baitulmuqaddis ke Kaabah. (al Baqarah: 142 -  147). 

Lapangan Uhud adalah tempat perang Uhud berlaku. Perang terjadi di tanah rata di hadapat bukit Uhud. Pasukan memanah pula berada di atas Bukit Rummat (Pemanah) yang agak rendah sikit.

Perjalanan Umrah - Amman - Jeddah - Madinah

Perjalanan 2 jam dari Amman ke Jeddah.  Di Jeddah, punggah luggage dari KL.  Solat Mahgrib dan Isya kat situ.  Lepas dapat balik passport dari imegresen (tak tau kenapa they all kutip passport kami), dan lepas bertekak dengan bangla2 yg minta duit semata2 tolong naikkan luggage kami yg kecik secoit sebab belum ada barang tu, dari luggage cart (yg kami sendiri tolak dari dalam airport sampai tepi bas) ke dalam bas.  Dah la kita tak minta tolong, beg ringan pulak tu. Tapi sebab derang takkan pergi selagi tak bagi duit, nenek dan ketua rombongan bagi je.

Pukul 10 malam, naik bas selama 8 jam ke Madinah.  Tengah sedap2 tidur, dikejutkan untuk makan malam.  Walau nampak sedap, tapi langsung tak berselera nak makan.  Tertidur semula, dan pada pukul 3 pagi, kami sangat teruja melihat pemandangan yang sangat indah.

Di depan kami, tersergam indah masjid  nabi. Azan pertama subuh berkumandang, dan ramai sangat jemaah sedang dalam perjalanan ke masjid.  Bas berenti di lampu merah, dan melintas seorang atuk bertongkat yang laju sangat berjalan ke arah masjid.  Ummi takkan dapat lupakan pemandangan paling indah pada pukul 3 pagi ini.

Kami tiba dihotel Durrat al Fayroz yg terletak hampir 100 m dari masjid.  Sampai aje kat hotel, apa lagi terus ke masjid, tak sabar nak solat subuh di situ.  Walaupun masih subuh, tapi bahang panas bulan Jun dah terasa.
Subuh tu ummi dan nenek tengok pintu masuk ke masjid padat dengan manusia, seakan tak dapat masuk sedangkan azan kedua dah mula.  Jadi kami mulakan solat pertama di Madinah di dataran masjid nabawi aje.

Dataran Masjid Nabawi

Perjalanan Umrah - KL - Amman

9 Jun 2010 - berkumpul di KLIA.  Semua ahli keluarga makngah dan anjang hantar nenek, ummi dan ayah.  Flight Royal Jordan akan bertolak pukul 10.30 malam.  Anjang belanja makan KFC.  Bagus gak ada kawasan mainan untk kanak2 kat situ, disamping terletak paling hampir dengan surau.  Masalah terbesar untuk melekakan Habel selesai bila makngah ajak naik luggage cart dengan budak2 lain.

Ada ribut berdekatan Bangkok, ummi tak pening tapi muntah!!!  Berenti sejam tapi duduk dalam kapal.

Pukul 5 pagi sampai Amman, terus dibawa dengan bas ke hotel transit.  Lepas sarapan pukul 6 pagi, terus ke program lawatan Gua Ashabul Kahfi, Laut Mati dan Makam Nabi Shuib.  Gua dan Makam tu tak pasti betul @ tak, sebab kat tempat lain pun ada claim macam tu.

Sekitar Amman ada ladang2 yg disuburkan dengan tanah berbaja.  Ladang2 ni kepunyaan orang2 kaya yg rumah banglo mereka terletak di tengah2.  Pekerja2 duduk dalam kemah aje di tepi2 ladang.  Kebanyakan ladang ditanam pokok zaitun.  Pokok ni juga tumbuh liar di celah2 batu di tempat lain.   Rumah2 banglo orang kaya  atapnya cantik dan berbagai bentuk.  Rumah2 orang biasa setakat flat bentuk kotak aje.


Paras laut mati 400 meter di bawah paras laut

Puas meredah pendalaman Jordan dalam perjalanan ke laut mati yang permukaannya ~ 400 meter di bawah paras laut.  Mukabumi berbukit bukau kontang, dibina dari batu dan pasir aje.  Ada tanah subur sekitar sungai kecil yg mengalir ke laut mati.  .   Berhampiran laut mati,  turut ditanam pokok2 lain seperti anggur, tin dan pisang.

Perjalanan  Amman - Laut Mati ~ 45 minit


Lapisan garam ketul di tepi pantai

Kristal garam di tepi laut


Lepas tu dibawa membeli belah barangan laut mati seperti produk berasaskan lumpur dan garam.  Banyak benda nak dibeli, tp dengan fulus dinar yg 4 kali ganda dari ringgit, kena tahan nafsu tu sikit.  Lepas makan tengahari, bersedia untuk berlepas ke Jeddah.  Makan minum kat hotel memang sangat sedap, kena dengan tekak Arab mediterranean ummi dan ayah.  Berbagai jenis jeruk terutama zaiton, berbagai jenis salad dressing serta sayur-mayur mentah, dan berbagai jenis keju untuk dirasa.  Tapi ada juga disediakan nasi ngan lauk, so nenek dapatla makan sepuasnya.